Bahan-bahan:
3 biji telur saiz A (diambil dari peti sejuk)
275 gram tepung gandum
220 gram gula halus
150 ml susu segar@cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
filling perisa strawberry/blueberry dsb
pewarna
Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan dan pukul hingga kembang.
2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna.
3. Masukkan adunan berwarna ke dalam piping bag.
4. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas - separuh sahaja.
5. Letakkan filing - lebih mudah kalau dimasukkan filing ke dalam piping bag.
6. Picitkan adunan sehingga separuh penuh, hias dengan dot dan kukus selama 10-15 minit.
** resepi kedua yg aku jumpa ada tambahan esen vanila. caranya pun sedikit lain :-
1. Pukul putih telur sehingga kembang.
2. Kemudian masukkan ovalette, kuning telur & esen vanila, pukul lagi hingga kembang.
3. Masukkan gula, pukul lagi.
4. Masukkan tepung dan baking powder dan selang seli dengan susu cair kemudian gaulkan.
Dan selebihnya macam cara 2-6 di atas.
No comments:
Post a Comment