Sunday, February 12, 2012

Apam Polka Dot (50 biji saiz medium)

Bahan-bahan:
3 biji telur saiz A (diambil dari peti sejuk)
275 gram tepung gandum
220 gram gula halus
150 ml susu segar@cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
filling perisa strawberry/blueberry dsb
pewarna

Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan dan pukul hingga kembang.
2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna.
3. Masukkan adunan berwarna ke dalam piping bag.
4. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas - separuh sahaja.
5. Letakkan filing - lebih mudah kalau dimasukkan filing ke dalam piping bag.
6. Picitkan adunan sehingga separuh penuh, hias dengan dot dan kukus selama 10-15 minit.



** resepi kedua yg aku jumpa ada tambahan esen vanila. caranya pun sedikit lain :-
1. Pukul putih telur sehingga kembang.
2. Kemudian masukkan ovalette, kuning telur & esen vanila, pukul lagi hingga kembang.
3. Masukkan gula, pukul lagi.
4. Masukkan tepung dan baking powder dan selang seli dengan susu cair kemudian gaulkan.
Dan selebihnya macam cara 2-6 di atas.

Saturday, January 28, 2012

Pajeri Mangga

Aku nak try masak pajeri mangga. Aku amek resepi ni kat www.trymasak.my..............aku start gilakan pajeri mangga lepas makan kat umah kenduri di Melaka. Thanks to Ifa/Along yg perkenalkan aku pada makanan ni.............lazat hingga menjilat jari jemari!


1) Mangga Muda - dibelah lebar memanjang (3 biji)
2) Air untuk melembutkan mangga (secukupnya)
3) Cili Merah - dibelah memanjang (3 biji)
4) Bawang Putih - dihiris nipis (4 ulas)
5) Bawang Besar - dihiris nipis (1 biji)
6) Halia - dihiris nipis (1 inci)
7) Udang Kering (2 sudu besar)
8) Pes Cili (1/2 cawan)
9) Kerisik (2 sudu besar)
10) Gula Perang (2 sudu besar)
11) Serbuk Kayu Manis (1/2 sudu kecil)
12) Serbuk Ketumbar (1 sudu kecil)
13) Serbuk Jintan Manis (1/2 sudu kecil)
14) Serbuk Jintan Putih (1/4 sudu kecil)
15) Serbuk Kunyit (1/2 sudu kecil)
16) Bunga Cengkih (3 kuntum)
17) Garam (sedikit)
18) Minyak (untuk menumis)




  1. Tumis bawang putih serta bawang besar hingga wangi dan layu. Kemudian masukkan halia dan pes cili. Goreng hingga pecah minyak dan masukkan udang kering
  2. Setelah naik bau udang kering, masukkan kerisik. Kacau rata dan masukkan mangga muda. 
  3. Diikuti dengan gula perang, serbuk ketumbar, serbuk kunyit, jintan putih, serbuk kayu manis, garam dan  jintan manis. 
  4. Ratakan semua bahan dan curahkan air, cuka, bunga cengkih serta cili merah. Kacau rata.
  5. Jika air kering dan mangga belum lembut, tambahkan air.
  6. Pajeri mangga enak dimasak hingga mangga benar-benar lembut dan sebati bersama kuahnya

Saturday, January 14, 2012

Assalamualaikum

Nape ada sengetminda2? sbb aku nak tulis cite2 sensasi yg panaz2 sampai meletops. Hahahaha! juz kidding.........saje nak wat note utk resepi, riadah, mungkin tips yg kita leh manfaatkan bersama. saje wat nama sama spy korang senang cari! Enjoy ya.............